Fakta kesihatan: produk & makanan yg mengakibatkn kanser

Sunday, March 29, 2009

1. Jika anda makan satay....jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C !!. Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3. Cuba yang ni.....bagi penggemar makanan ni "Bah Kut Teh" (babi). Banyak orang Cina suka makan yang ni, lihatlah sebelum terlambat. Cuba tuangkan Coke (minuman bersoda) atas kepingan daging babi tu dan tunggu sekejap, anda boleh tengok ulat berenyut-renyut keluar dari sana. Fakta diperolehi dari "Health Corporation of Singapore ".

4. Barah -akibat penggunaan bahan dalam shampoo.Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; Vo 5,Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak".Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.

5. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya.Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doktor.Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax keatas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera.Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai "makan untuk mendapat barah" Kalau istilah James Bond ==>Licence to kill!

6. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yan g bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja.

Sebarkanlah maklumat ini kepada orang-orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

bapa binatang

Thursday, March 26, 2009



MINGGU ini, para juri di Austria menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang lelaki, Joseph Fritzl, 73, dan mengarahkannya ditahan di sebuah hospital sakit jiwa.
Fritzl didapati bersalah atas semua tuduhan yang dikenakan - membunuh, merogol, melakukan penghambaan serta sumbang mahram.
Gambar-gambar lelaki ini membayangkan dia seorang yang sangat dihormati di sebuah pekan kecil di Austria, Amstetten. Di sana dia tinggal bersama seorang isteri dan tujuh orang anak.
Bagaimanapun, Fritzl mempunyai satu lagi keluarga rahsia iaitu dengan salah seorang anak perempuannya, Elisabeth, yang kini berusia 42 tahun.
Wanita itu disembunyikan di dalam sebuah kurungan yang terletak di bawah rumah keluarga mereka sejak tahun 1984. Di situ Elisabeth dirogol berulang kali sehingga melahirkan tujuh orang anak.
Selepas empat tahun dikurung, anak perempuannya itu melahirkan anak pertama tanpa sebarang bantuan perubatan atau peralatan yang disteril.
Tiga daripada anak itu telah dijadikan anak angkat oleh Fritzl dan isterinya. Tiga lagi yang berumur antara lima dan 19 tahun, terus tinggal bersama ibu mereka di tiga buah bilik kurungan bawah tanah seluas 60 meter persegi (650 kaki persegi), tanpa tingkap dan kalis bunyi.
Semasa 'kehilangan' anaknya pada 24 tahun lalu, Fritzl memberitahu pihak berkuasa bahawa Elisabeth telah melarikan diri. Namun Fritzl pernah dipenjarakan selama setahun atas tuduhan merogol Elisabeth pada tahun 1967.
Berdasarkan siasatan, Fritzl didapati mampu membekalkan keluarga rahsianya dengan pakaian dan makanan tanpa menimbulkan rasa syak dengan membeli-belah di luar Amstetten.
Polis mengatakan bahawa beliau mudah bergerak ke luar Amstetten tanpa disyaki kerana mempunyai sebidang tanah di luar bandar itu.
Dia juga sangat berhati-hati dengan tidak membenarkan sesiapa mendekati bilik kurungan tersebut.
Pihak polis menggambarkan Fritzl, seorang jurutera elektrik, sebagai 'sangat pintar' apabila memasang kunci-kunci elektrik di bilik kurungan itu dan hanya boleh dibuka dengan kod yang khusus.
Dia mengunci pintu gelongsor konkrit ke bilik kurungan itu dengan alat kawalan jauh dan menyembunyikannya di belakang rak.
Fritzl turut dituduh melayan Elisabeth seperti seorang hamba dengan mengurung dan memaksanya melakukan hubungan seks.
Dirantai

SALAH sebuah bilik kurungan yang tidak bertingkap dan kalis bunyi, tempat Fritzl menyembunyikan Elisabeth untuk dijadikan hamba seks.
________________________________________

Elisabeth memberitahu polis bahawa dia telah dirantai dan dirogol, namun Fritzl tetap mempertahankan bahawa hubungan seks antara mereka itu adalah atas kerelaan kedua-dua pihak.
Pada tahun 1996, Elisabeth melahirkan anak kembar. Salah seorang bayi itu mengalami komplikasi pernafasan dan tubuhnya bertukar menjadi biru.
Fritzl bukan sahaja tidak mendapatkan bantuan malah sekadar berkata, 'apa-apa yang terjadi adalah takdir'.
Bayi itu meninggal dunia beberapa hari kemudian. Mayat bayi itu telah dibakar oleh Fritzl di dalam insinerator sebelum menaburkan abunya di sekitar halaman rumahnya.
Kerana perbuatan tersebut, Fritzl dituduh membunuh 'anaknya' secara sengaja kerana tidak mendapatkan bantuan perubatan walaupun menyedari bahawa bayi tersebut berada dalam keadaan kritikal.
Rahsia mengenai 'keluarga kedua' Fritzl itu terbongkar apabila anak sulung hasil hubungan haram itu jatuh sakit pada April 2008.
Setelah puas dipujuk, Fritzl bersetuju membawa anak itu ke hospital. Kanak-kanak perempuan itu kekurangan oksigen dan mengalami komplikasi buah pinggang.
Walaupun dia kembali pulih, pihak hospital merasakan ada sesuatu yang mencurigakan khususnya mengenai identiti kanak-kanak itu. Sejak itu, pihak berkuasa melakukan siasatan hingga membawa kepada pembongkaran kegiatan Fritzl.
Jiran tetangga terkejut dengan kes tersebut kerana Fritzl dilihat sebagai seorang yang baik dan rajin. Fritzl juga dikatakan merupakan seorang datuk yang penyayang terhadap cucunya.
Isterinya sendiri tidak mengetahui perilaku jijik suaminya dan sangat terkejut dengan berita tersebut.
Anak-anak sebenar Fritzl memberitahu, bapa mereka itu seorang yang autoritarian dan terlampau tegas. Dia juga begitu mengongkong ibu mereka.
Sebuah majalah Austria, NEWS, memetik kata-kata peguam Fritzl, Meyer, bahawa Fritzl sedar dengan apa yang dilakukan selama 24 tahun itu adalah salah tetapi beliau 'gila' untuk melakukan perbuatan itu. Dia mengaku ketagihan!

bangla... oh..bangla

Masa aku balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang duduk bersama, dua didepan aku satu kat sebelah. Yang kat depan aku ni, orang American dan disebelahnya orang Cuba . Sebelah aku pulak orang Bangladesh . Dalam perjalanan tu kami pun berborak-boraklah pasal negara sendiri...borak punya borak, tiba-tiba si American ni pun keluarkan duit dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya rokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar. Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi... bertanyalah si
orang Cuba tadi 'Why you do that for?' . Dengan selamba mat salleh tu menjawab 'Don ' t worry, I got a lot american dollar in my country' .

Tercengganglah masing-masing. Belum habis tercenggang. .si Cuba ni pun tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang termahal didunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut..terus dia membuangnya keluar tingkap... 'Why you do that for' kata American tadi... 'Don ' t worry, i got a lot cigar in my country' .

Terkejutlah aku dibuatnya. Masa tu aku tengok Bangladesh tu tengah pikir apa nak dibuat pulak. Masa dia tengah fikir. Aku pun apa lagi..... tangkap Bangla tu terus aku campak ke luar tingkap.....belum sempat dia orang tanya lagi aku pun cakap lah...,
'DON ' T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESHIS IN MY COUNTRY'

InDai Aku Sakit daraH TingGi.

Wednesday, March 18, 2009

Sinu amai ati aku sari tu. Tadi aku nerima pesan sms ari menyadi tuai aku ari sibu. Madah ke indai aku benung sakit tinggi darah maya tu. Sebedau tu, indai aku nadai kala sebana madah diri sakit nama-nama. Urang nurun mansai enggau meh ya. Orang ngereja umai, indai aku apin kala tinggal. Nya meh ngasuh aku balat bendar tekenyit. Bulan 1 empai lama, lebuh aku nyenguk iya ke menua, anchi pengeregas iya. Asai ke mimpi ninga menyadi aku nusui indai aku benung treatment ba spital Sibu diatu. Tekanan darah ya udah kelalu tinggi kenu ko doktor. Akai... Nadai ati agi aku ninga.
Ngagai petara aku besampi... ngajih ke indai aku meruan likun serta gerai diau ba menua. Penyayau serta pengerindu aku ngagai nuan enda nemu padam indai sampai ke seput aku lesie. Ampu penyalah aku mak... nyema aku selalu meri nuan tusah ati suba.

Pengajaran Dari Kisah Perangkap Tikus

Thursday, March 12, 2009

Sepasang suami dan isteri petani pulang kerumah setelah berbelanja. Ketika mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil menggumam, “hmmm… makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar agaknya?”

Ternyata, yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik panik bukan kepalang.

Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, “Ada perangkap tikus di rumah! Di rumah sekarang ada perangkap tikus!!”

Ia pun mengadu kepada ayam dan berteriak, “Ada perangkat tikus!” Sang Ayam berkata, ” Tuan Tikus, Aku turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku.”

Sang Tikus lalu pergi menemui seekor kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang Kambing pun jawab selamba, “aku pun turut bersimpati, tapi tidak ada yang boleh aku buat. Lagi pun tak tak ada kena-mengena dengan aku.”

Tikus lalu menemui lembu. Ia mendapat jawapan sama. “Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus?”

Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui ular. Sang ular berkata, “Eleh engkau ni. Perangkap tikus yang sekecil itu takkanlah nak membahayakan aku.”

Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuatkan ular itu semakin ganas dan menyerang isteri pemilik rumah.

Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke klinik berhampiran. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun tetap sahaja demam.

Isterinya lalu minta dibuatkan sup kaki ayam oleh suaminya kerana percaya sup kaki ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan segera menyembelih ayamnya untuk dapatkan kaki buat sup.

Beberapa hari kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia.

Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa. Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan orang-orang yang berziarah.

Dari kejauhan, Sang Tikus menatap dengan penuh kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat perangkap tikus tersebut sudah tidak digunakan lagi.

Begitulah kisahnya. Jadi pengajarannya, jika suatu hari, anda mendengar seseorang dalam kesusahan dan anda pula mengira itu bukan urusan anda, fikirkanlah sekali lagi.

SaaT meNilAi cinTa

Tuesday, January 6, 2009

SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.

Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.

Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.

Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.

Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:

1. Lupakan masa lalu

Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.

Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang

Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan

Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.

Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru

Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih

Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

6. Buat keputusan

Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

Berbohong secara kompulsif


Ibu bapa perlu bertindak menerokai sebab anak berbohong dan perlu mencari jalan penyelesai untuk membaiki tabiat buruk itu. Apabila anak berbohong secara kerap ia adalah petanda awal masalah yang lebih serius.
KANAK-KANAK berbohong. Inilah satu kenyataan yang perlu dihadapi oleh kebanyakan ibu bapa. Tiada arahan atau galakan diperlukan.
Berbohong seakan sudah sebati dalam jiwa sesetengah kanak-kanak. Memperbesarkan masalah, memutar-belitkan kebenaran, mereka cerita dan menafikan kenyataan adalah antara yang akan dilakukan sewaktu bercakap bohong.
Namun, jika kekerapan seseorang anak berbohong menjadi kompulsif dan tanpa sebab, ibu bapa mungkin perlu 'campur tangan'.
Apabila kitaran penipuan bermula, ia akan menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap si anak, sekali gus menyukarkan kitaran tidak sihat ini dihentikan.
Oleh sebab itulah, ibu bapa perlu bertindak meneroka sebab anak berbohong dan perlu mencari jalan penyelesaian untuk memperbaiki tabiat buruk itu.
Mungkin ramai yang tidak tahu berbohong juga adalah petanda awal kepada masalah yang lebih serius.
Berbohong cara kompulsif biasanya dikaitkan dengan penderitaan anak ekoran gangguan masalah sosial pada peringkat awal. Khasnya akibat penyakit Gangguan Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan (ADHD) dan gangguan perilaku.
Dalam sesetengah kes, tabiat berbohong secara kompulsif turut disertakan dengan masalah kelakuan yang lain. Ini termasuk mencuri, ponteng sekolah, bersikap ganas, agresif dan kemahiran bersosial yang lemah.
Masalah seperti ini biasanya bercambah daripada rasa tidak selesa dalam situasi bersosial, bertindak secara spontan dan tidak menumpukan perhatian.
Apabila berlaku situasi seperti ini, penglibatan pakar-pakar kaunseling misalnya, amat penting untuk membantu kanak-kanak ini. Kaunselor-kaunselor dapat menolong melengkapkan ibu bapa dengan gaya mendidik serta pemahaman terhadap anak yang lebih spesifik.
Mengapa berbohong?
Terdapat beberapa sebab mengapa kanak-kanak bercakap bohong secara kompulsif.
Takut
Perasaan takut adalah pendorong biasa untuk seseorang memberanikan diri berbohong. Takut dimarahi ibu atau takut kebebasan yang diberikan akan dirampas. Ketakutan yang rasional atau tidak juga boleh memberi kesan pembohongan serupa. Sebab apa yang diimpikan oleh anak hanyalah 'perlindungan' sementara daripada hukuman.
Namun, terdapat dua perkara penting di sini. Pertama, anak yang berbohong besar kemungkinannya tahu mereka telah melakukan sesuatu kesalahan. Kedua, ibu bapa perlu menerima pembohongan itu kerana anak sememangnya takut berdepan dengan reaksi mereka.
Tidak hairanlah apabila teriakan bertalu-talu, sikap pemarah dan ibu bapa yang terlalu melindungi anak membuatkan mereka ketakutan. Memberi peluang untuk berkompromi dan mendengar sebelum menyalahkan anak membolehkan komunikasi dua hala berlangsung.
Tabiat
Kata orang, semakin kerap kita mempraktikkan sesuatu, semakin mudahlah ia bertukar menjadi satu tabiat. Begitu juga dengan bercakap bohong. Pembohongan berulang biasanya diperkukuhkan dengan pendekatan yang agresif. Salah satu kaedah paling efektif untuk menyelesaikan pembohongan berkala adalah memberi peluang kepada anak untuk menarik balik kata-kata bohong itu. Ini harus dilakukan tanpa rasa takut akan akibat yang bakal dihadapinya.
Meniru
Sebahagian besar anak 'terpanggil' untuk berbohong setelah melihat orang lain melakukannya. Dilema yang dihadapi oleh ibu bapa adalah mampukah mereka melindungi anak daripada berbohong. Seandainya sukar untuk ibu bapa mengawal anak daripada meniru pembohongan di luar rumah, maka buangkanlah tabiat berbohong anda terlebih dahulu. Lebih berkesan jika mereka tidak meniru tabiat berbohong di rumah dan menjadikannya tabiat.
Perlukah saya menghukum?

PERASAAN takut adalah pendorong biasa untuk seseorang memberanikan diri berbohong.



Terdapat beberapa perkara yang perlu ibu bapa pertimbangkan sebelum menjatuhkan hukuman ke atas kesalahan anak.
1. Hukuman sememangnya direka untuk mengurangkan perilaku yang teruk. Masalahnya, hukuman tanpa kasih sayang dan arahan yang betul adalah sia-sia. Dalam sesetengah situasi, hukuman pula menyumbang kepada tindakan melampau dan penderaan.
2. Menghukum anak atas pembohongan yang berobjektifkan ketakutan atau akibat meniru bukan satu kaedah efektif dalam jangka masa panjang. Sebaliknya, mengenal pasti punca masalah adalah lebih praktikal berbanding berdepan dengan simptom-simptomnya.
3. Hukuman patut dijadikan pilihan terakhir dan bukan dilakukan mengikut emosi. Penggunaan bahasa dan pendekatan yang lebih lembut biasanya lebih berkesan. Beritahu anak dalam nada rendah seperti, "Tahu tak, mak dan ayah rasa kecewa apabila Atan berbohong?"
Yang penting, ketahuilah niat setiap ibu bapa adalah untuk melihat anak bercakap benar. Justeru, gunakanlah pendekatan yang lebih baik agar anak belajar daripada kesilapannya.

Krismas?

Monday, January 5, 2009


Krismas... Taun baru... Taun tu paling sunyi ba idup aku. Pengerami 2 iti tu nadai reti ba aku ba taun tu. Ketegal aku ke ngintu kediri aja. Cuti sem tu empai lama aku enda pulai ke menua. Kediri aku ba sekula tu. Aku enda nemu nama kebuah ati aku berat amat ka pulai mula ya. Meda cuti mina sebulan lebih, aku ngambi pemutus ka diau ditu aja ngabis ke maya cuti tu. Seninjik ga jam nya bisi AUG (Asean University Games). Lalu aku ngeregister nama diri ngau orang nyadi volunteer. Ngiga duit meh ko jaku ngisi maya cuti. Bisi ga indai ngau apai aku talipaun suba nanya ke kemaya aku pulai. Udah aku madah ke diri enda pulai, dia aku bisi ninga nyawa indai aku berubah mimit. Bisi pengelebu ke dalam amat. Lebu meda anak iya enda ulih ngintu ari besai ngau iya.... Lebu amat ari nyawa ke disada ke ya didinga aku.
Aku nadai... Maja ke penemu diri. Udah besai, enda patut enda ulih jauh ari apai indai ko jaku. Enda lama cuti nya enggai pulai. Enda ngawa ga enti kenya ko indai aku.
Jam beganti jam... Ari beganti ari... Sehari.. Dua hari... 10 hari... Baru aku mula ngasai ke bisi enda lantang dalam ati. Sunyi amat ga asai ya. Aku mula nesal. Nesal ke diri enda pulai. Nesal enda ninga jaku indai aku. Enda betah aku kebatang ya indai. Enda betah seduai apai. Tang aku simpan dalam ati aja enda kala dilua ngena leka jaku ngagai seduai. Minta ampun apai... Minta ampun indai.
24 ari bulan... Pegila hari krismas. Nama meh reti ari besai tu ba aku. Kediri aku aja ditu. Nadai sapa enggau aku ngintu. Ka pulai ngagai madi(igat) aku ba Port Dickson. Teringat ke menyadi aku din pemuas aku dugau-dugau. Begadai aku nyapai talipaun, madah ke diri ka pulai ngagai iya. Iya berasai tekenyit ninga aku ka ngusung ya kin. Ukai tekenyit nama, sebedau tu aku enda kala ngiga ya. 3 taun aku udah diau ba tanah Melaya tu, sekali pen kami seduai enda kala betemu. Agi mit suba ukai main pengerat kaul kami seduai. Udah besai, kami seduai mula renggang. Ketegal laya lama. Ketegal ego aku mega. Aku magang salah... Taja pia ari nyawa iya ke dinga aku dalam talipaun, mimit pen ya nadai ngenang semua nya. Sedia nelentang ke tapak jari nerima penatai aku.
Lemai nya mega, nyau aku ngagai Stesen Pudu Raya. Ka ngembi tiket bas ngagai Port Dickson. Lelengau aku ka betemu ngau menyadi aku, ka betemu ngau anak ya. Lama amat udah enda meda. Datai din, jengau-jengau aku ngiga alai endur nyual tiket bas ngagai PD. Nyin ya ko dalam ati aku... Nyau aku beguai ngelawa. Naka pengelebu ati aku udah betanya ngagai tauke dia. Tiket abis... Asai ke dipandam dada. Nama enda meh asai tu deh. Udah abis runding aku. Nadai daya agi. Lama aku duduk dia, matak seput dalam-dalam. Ngiga runding kini ke ka nyingkang ke kaki tu?
Pulai ngagai UKM baru. Nya aja meh palan endur aku ngenduh. Sebedau pulai aku sempat meli sebotol ai bisa ka dikena aku ngintu malam tu legi. Atai di bilik, aku lalu gali ngetat ke diri. Empai lama udah nya, talipaun aku bemunyi. Menyadi aku call... Nanya udah datai dini aku diatu. Pandak jaku aku. Ninga ya udah meli tilam serta pemakai nyangkung aku ngintu krismas malam tu. Sinu amat ati aku ninga. Nama meh riti semua tu petara? Ampun ke aku igat, enda sunyi... enda aku ngiga d ngelama tu.
Buka aku botol ai beli aku tadi, lalu tuntum aku skali. Lapa deh... Tumu aku tinduk malam nya. Nadai rami... Nadai krismas aku taun tu. **** Pagi nya tumu aku dani. Mandi-mandi lalu begari. Nyau aku nurun ngagai KL baru. Ngagai KL Sentral, ngiga kaunter tiket Air Asia. Nama pengawa aku kia????
"Tiket pergi balik ke Sibu pada 15 Januari, balik KL 6 Febuari" pia ko aku madah ngagai indu Tambi jaga kaunter dia. Bah... Kini ke aku pulai maya nya? Ukai enda maya nya kulih udah mula? Ulih digagalkan terus enti nyema enda atai kelas 3 kali beturut-turut. Nya law ba UKM.
Siti aja jawapan ya. Aku lelengau ke indai ngau apai aku. Aku enda peduli agi. Nadai sapa ulih nagang aku. Dunya aku kediri ari orang. Pengerindu aku jauh nyelai ari orang bukai. Semua ke nyadi udah tu, belakang kira.